KUALA LUMPUR: Fasa Dua Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) akan bermula 5 Ogos depan yang melibatkan seramai 55,000 pekerja binaan di Pulau Pinang dan Johor, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, pendaftaran telah dibuka pada 12 Julai lepas dengan sebanyak 30,000 slot diperuntukkan untuk Pulau Pinang dan 25,000 slot untuk Johor.
"Sehingga kini semua slot di Johor telah habis ditempah, manakala di Pulau Pinang pendaftaran masih diteruskan dan 22,800 slot telah diambil setakat ini.
"Tarikh pemberian vaksin bagi Johor dan Pulau Pinang akan bermula pada 5 Ogos sehingga 15 September depan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pendaftaran untuk program CIVac juga dijadualkan dibuka di Pahang dan Sabah masing-masing pada 25 Julai dan 31 Julai ini untuk 20,000 pekerja binaan bagi setiap negeri.
Katanya CIVac Fasa Satu telah bermula sejak 1 Julai lepas di Kuala Lumpur dan Selangor dengan jumlah sasaran pemberian vaksin kepada 40,000 pekerja sektor pembinaan warga asing dan tempatan.
Fadillah berkata sehingga 20 Julai, seramai 24,106 pekerja iaitu 60.26 peratus daripada keseluruhan pekerja yang telah berdaftar dengan program CIVac, telah menerima dos pertama vaksin tersebut.
"Bagi menampung permintaan yang banyak, kementerian sedang memohon peruntukan vaksin tambahan daripada Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk 300,000 pekerja binaan, ini termasuk vaksin tambahan untuk 65,000 pekerja binaan di Kuala Lumpur dan 30,000 di Selangor.
"Penambahan kuota vaksin akan terus dipohon berdasarkan permintaan semasa oleh industri pembinaan," katanya.
Beliau berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga akan menyediakan pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak sekiranya terdapat permintaan untuk kemudahan tersebut.
Program CIVac merupakan inisiatif vaksinasi COVID-19 untuk pekerja di dalam industri pembinaan, satu usaha daripada CIDB yang diterajui Kementerian Kerja Raya untuk mempercepatkan kadar vaksinasi dalam kalangan barisan hadapan ekonomi bagi mengurangkan kluster jangkitan COVID-19 di tempat kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021
FADILLAH: Penambahan kuota vaksin akan terus dipohon berdasarkan permintaan semasa oleh industri pembinaan. - Astro AWANI
Jepun-Greece rai diplomasi lampau 125 tahun
Jepun dan Greece meraikan hubungan diplomasi lampau yang bermula sejak 125 tahun lalu dengan lawatan rasmi sepanjang minggu ini di Greece.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Tanah runtuh di Papua New Guinea: India tawar bantuan US$1 juta
Bantuan bernilai US$1 juta disumbang India bagi membantu mangsa-mangsa bencana tanah runtuh tragis di Papua New Guinea. Tanah runtuh itu yang berlaku pada minggu lalu, setakat ini telah meragut ribuan nyawa dengan ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.
Panas ekstrem di Rajasthan, 6 maut akibat strok haba
Sekurang-kurangnya enam terkorban akibat gelombang haba melampau dan berpanjangan di barat India, Rajastran pada Selasa.
Himpunan solidariti mahu lihat kesan jelas selepas iktiraf
Pada hari sebelumnya, ratusan yang bersolidariti dengan rakyat Palestin berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Eropah (EU) di Barcelona dan di beberapa pejabat kementerian luar di Madrid.
Sepanyol tegas inginkan baitulmaqdis, ibu negara Palestin
Diharapkan langkah untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara akan diikuti lebih ramai negara lain khususnya dari Eropah. Ia juga dilihat dapat menyegerakan keamanan selepas melihat kekejaman berterusan sekian lama. Ini pendirian yang dikongsi tiga negara -Sepanyol, Ireland dan Norway yang secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai negara berkuat kuasa Selasa, 28 Mei.
Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran
Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.
Pilih hidangan makanan, elak keracunan
Jemaah haji Malaysia disaran memilih makanan dan tempat makanan yang bersesuaian untuk mengelakkan masalah boleh mengganggu tumpuan beribadah termasuk kemungkinan keracunan dan cirit birit.
Hubungan Malaysia-China berada di tahap tertinggi
Hubungan diplomatik Malaysia-China yang sudah menjangkau hampir lima dekad kini berada di tahap tertinggi.
Program Geran Kreatif KL bertujuan memberi hela nafas baharu
Kerajaan akan memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan projek-projek flagship dengan meningkatkan dan menyelaras usaha untuk memastikan ianya mencapai potensi penuh dalam memberikan hela nafas baharu kepada Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadi destinasi kreatif bertaraf dunia.
Hamas desak Majlis Keselamatan PBB ambil 'langkah segera' hentikan serangan Israel ke atas Rafah
Hamas pada Selasa menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan berterusan Israel di Rafah.
Fasa 2 Program Vaksinasi Industri Pembinaan bermula 5 Ogos - Fadillah
Pendaftaran telah dibuka pada 12 Julai lepas dengan sebanyak 30,000 slot diperuntukkan untuk Pulau Pinang dan 25,000 slot untuk Johor.